Monday, May 21, 2012

LAKSA PENANG (Ibu Recipe)



lama juga ta blog nie kan. so hari ni i will like to share my mum punye recipe. it LAKSA PENANG. yum. dari kecik smpai sekarang i makan laksa nie. i giller akan laksa and i dah bnyak kali masak. tidak langsung menghampa kan.

BAHAN-BAHAN

A) Bahan untuk dikisar
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai
10 biji cili kering
1 besar ibu jari kunyit
1 besar ibu jari lengkuas
Suku bunga kantan

B) Bahan untuk rebus
Suku Bunga Kantan
1 Ibu Jari Lengkuas
7 Keping Asam Keping
1 Kilo Ikan Kembung
1 Batang Serai
Daun Pudina
Daun Kesom

C) Bahan untuk hiasan
Timun
Nenas
Bawang merah dihiris
Cili Merah
Cili Api
Bunga Kantan
Laksa
CARA-CARA MEMASAK

Masak Kuah Laksa
Mula-mula kita kisarkan semua bahan A sehingga betul-betul lumat. Selepas itu rebus kan ikan kebung dan asingkan isinya dengan tulang-tulang yang ada. Kisar sekejap sahaja. Kemudian kisar pula tulang-tulang ikan berasingan dan ambil air tulang ikan tersebut.
Panaskan periuk. Masukan bahan-bahan A tadi dalam periuk bersama serai yang diketuk dan lengkuas bersama bunga kantan. Selepas 5 minit, masuk kan isi ikan dan air ikan. Biarkan 5 minit, kemudian masukkan daun pudina dan daun kesom. Gaul sehingga mendidih. Akhir sekali masukkan asam keping sedikit garam,gula dan msg. Biarkan memdidih selama 5 minit. Siap untuk dimakan.

Masak Mee Laksa
Rebus laksa kering dengan sedikit garam dan air.


No comments:

Post a Comment